Pesara tentera maut dirempuh 3 kereta - Utusan Malaysia

Pesara tentera maut dirempuh 3 kereta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA 26 Nov. – Seorang pesara tentera maut selepas motosikal ditungganginya dirempuh tiga buah kereta dari arah berasingan di bulatan Malim Jaya di sini awal pagi ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 4.15 pagi itu, mangsa, Zulkeflee Ismail, 49, meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kaki, kepala dan badan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Afzanizar Ahmad berkata, sebelum kejadian mangsa yang menunggang motosikal jenis Yamaha SRE 100 sedang berhenti di lampu isyarat di bulatan berkenaan sebelum dia tiba-tiba dirempuh dari belakang oleh sebuah kereta jenis Proton Saga.

“Selepas dirempuh, mangsa kemudian diseret ke dalam bulatan sebelum dilanggar pula sebuah Proton Gen2 dari arah Jalan Tun Fatimah dan sebuah lagi kereta iaitu Perodua Myvi yang tidak sempat mengelak kemalangan tersebut.

“Berikutan rempuhan itu, mangsa meninggal dunia di tempat kejadian manakala empat mangsa lain termasuk seorang lelaki, dua wanita dan kanak-kanak yang mengalami kecederaan ringan dan dihantar ke Hospital Melaka untuk rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini.

Menurut Afzanizar, mayat mangsa dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×