KANGAR – Konsep wakaf perlu diperluaskan supaya rakyat negara tidak berfikir sumbangan itu terhad kepada menyumbang tanah untuk kubur dan masjid semata-mata. Pengurus Besar yang juga Ketua Pegawai Syariah Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB), Mohd. Nazri Chik berkata, wakaf memainkan peranan yang besar kepada masyarakat. “Malah dianggap sebagai ‘gergasi yang sedang tidur’ (potensi ekonomi yang senyap),” katanya kepada pemberita pada Seminar Kesedaran Zakat, Wakaf dan Muamalah Islam di Dewan Warisan di sini hari ini. Wakaf bagi pembangunan ekonomi merangkumi pembelian alatan yang boleh digunakan untuk meningkatkan ekonomi masyarakat, belian…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya