Perkeso serah sumbangan kepada ibu bapa arwah Angah - Utusan Malaysia

Perkeso serah sumbangan kepada ibu bapa arwah Angah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU 28 Nov. – Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) hari ini menyerahkan sumbangan faedah pencen penakat kepada keluarga Muhammad 
Fadizrul Azraain Billah Zulkifly, 23, yang meninggal dunia Ahad lalu selepas menghidap empat jenis kanser, iaitu hidung, hati, paru-paru dan selaput otak.

Sumbangan pencen penakat berjumlah RM725 sebulan sepanjang hayat diserahkan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Permas, Datuk Seri Che Zakaria Mohd. Salleh kepada ibu bapa Allahyarham, Zulkifly Mohamed, 55, dan Zaitun Salleh, 50, di rumah mereka di Blok G, Jalan Tasik 64, Flat Seri Alam di Pasir Gudang, di sini hari ini.

Yang turut hadir, Pengarah Perkeso negeri, Tong Sing Chuang.

Kisah penderitaan Muhamad Fadizrul Azraain Billah Zulkifly yang lebih mesra dipanggil Angah dan merupakan anak kedua daripada enam beradik mendapat liputan media pada 31 Oktober lalu selepas disahkan menghidap empat jenis penyakit berkenaan pada Mac tahun lalu.

Sejak dikesan menghidap kanser, Allahyarham pernah menjalani pelbagai rawatan termasuk kemoterapi dan penyakitnya itu menyebabkannya kehilangan lebih separuh berat badannya daripada 70 kilogram (kg) menjadi hanya 30 kg. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN