Perhimpunan bantah ICERD: UMNO bincang dengan sekretariat - Utusan Malaysia

Perhimpunan bantah ICERD: UMNO bincang dengan sekretariat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 23 Nov. – UMNO akan berbincang dengan jawatankuasa dan sekretariat himpunan bantahan Konvensyen Antarabangsa Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sama ada akan meneruskan atau tidak himpunan yang dijadualkan pada 8 Disember ini.

Ini berikutan pengumuman kerajaan hari ini berkenaan jaminan untuk tidak meratifikasi konvensyen tersebut.

Setiausaha Agung UMNO, Tan Sri Annuar Musa berkata, perjuangan isu rakyat akan tetap diteruskan dan ICERD hanya satu daripadanya.

“Namun hal berkaitan kedaulatan Raja-raja Melayu, kesucian agama, kedudukan bahawa Malaysia dan lain-lain perlu terus diperjuangkan.

“Seterusnya janji kerajaan kepada rakyat juga wajar dituntut terutamanya yang menyentuh kos dan sara hidup,” katanya kepada Utusan Online, di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN