BALING 24 Nov. – Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang mendakwa, penyatuan rakyat menjadi punca mengapa kerajaan akur untuk tidak meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Pembasmian Diskriminasi Kaum (ICERD) seperti diumumkan baru-baru ini. Tegasnya, kesatuan itu ditunjukkan menerusi komitmen dan sokongan padu rakyat yang mahu menyertai himpunan membantah ICERD pada 8 Disember depan. “Alhamdulillah, apabila kita bersuara mengenai perkara ini, ramai yang mahu berarak dan membantah. “Apabila dengar ramai yang…










