KUALA KANGSAR – Pensyarah Pusat Islam Universiti Oxford, United Kingdom, Datuk Dr. Afifi Al-Akiti dimasyhurkan sebagai pembesar negeri Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah hari ini. Pemasyhuran itu berlangsung pada Istiadat Menghadap Sembah Taat dan Penganugerahan Darjah Kebesaran Negeri Perak Darul Ridzuan bersempena ulang tahun keputeraan ke-62 Sultan Perak di Istana Iskandariah, Kuala Kangsar di sini. Afifi, 42, dimasyhurkan sebagai Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak. Istiadat bermula dengan Afifi duduk bertinggul di hadapan Sultan Perak dan Raja Permaisuri Perak, Tuanku Zara Salim serta…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya