Penuntut USM berhimpun bantah ICERD - Utusan Malaysia

Penuntut USM berhimpun bantah ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PULAU PINANG 23 Nov. – Lebih 50 mahasiswa termasuk kumpulan jemaah masjid berhimpun secara aman di pekarangan Masjid Al-Malik Khalid, Universiti Sains Malaysia (USM) di sini bagi membantah cadangan meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Me­ngenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD).

Wakil himpunan terbabit, Mohd. Uzair Ahmad, 24, berkata, mereka khususnya mahasiswa terpanggil untuk mengadakan himpunan itu bagi menunjukkan solidariti golongan berkenaan terhadap penolakan ICERD.

SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM)
SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) serta jemaah masjid mengadakan himpunan aman menyuarakan bantahan mereka terhadap sebarang usaha untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di perkarangan Masjid Al Malik Khalid, USM hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM

“Kami bimbang jika ia tetap dilaksanakan, maka, sudah pasti akan timbul ketegangan dalam perpaduan yang terjalin sejak sekian lama di negara ini.

“Sepatutnya pihak berwajib perlukan menekankan kepentingan prinsip Rukun Negara dan memperkasakannya dalam usaha mempertahankan perpaduan,” kata penuntut tahun akhir jurusan pendidikan di USM itu.

Selain melaungkan kata-kata semangat seperti ‘Hidup Rakyat’, kumpulan peserta yang berhimpun itu turut membawa poster dan sepanduk berkaitan bagi menyatakan bantahan mereka terhadap rancangan meratifikasikan ICERD.

SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM)
SEBAHAGIAN mahasiswa Universiti Sains Malaysia (USM) serta jemaah masjid mengadakan himpunan aman menyuarakan bantahan mereka terhadap sebarang usaha untuk meratifikasikan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) di perkarangan Masjid Al Malik Khalid, USM hari ini. – UTUSAN ONLINE/AZMAN ASMAYATIM

Dalam pada itu, seorang lagi mahasiswa, Mohd. Amir Ashraf, 23, turut sependapat dengan Mohd. Uzair dan mahu pelaksanaan ICERD dibatalkan.

Penuntut tahun tiga jurusan Sains Politik itu berkata, ICERD umpama ‘tangan-tangan ghaib’ yang cuba mengganggu-gugat perpaduan dan keharmonian kaum di negara ini.

“Kita sudah membuktikan telah mencapai kematangan dalam membentuk perpaduan di negara ini tanpa ICERD,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN