Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan - Utusan Malaysia

Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut kemalangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang penunggang motosikal berkuasa tinggi maut selepas motosikalnya melanggar belakang sebuah kereta yang membuat pusingan-U di Batu 17 Jalan Kodiang-Jitra dekat sini semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 5.50 petang itu, mangsa, Yusof Othman, 37, seorang pekerja kilang meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah pada anggota badan selepas terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Mohd. Ismail Ibrahim berkata, kejadian berlaku apabila motosikal jenis BMW K1300 S yang datang dari arah Jitra menghala Kodiang melanggar belakang kereta jenis Nissan AD Resort yang membuat pusingan-U dari arah bertentangan.

“Kereta tersebut membuat pusingan-U dan telah memasuki sebelah jalan menghala Kodiang sebelum dilanggar motosikal berkuasa tinggi berkenaan pada bahagian kiri bucu.

“Mangsa cuba mengawal motosikal sejauh 100 meter, namun gagal dan terjatuh ke dalam longkang di sebelah kiri jalan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, mangsa yang berasal dari Kuah, Langkawi dekat sini didapati meninggal dunia sejurus terjatuh ke dalam longkang dan mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Jitra untuk dibedah siasat.

“Pemandu kereta yang merupakan seorang wanita berusia 45 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN