Penjawat awam wanita mangsa keganasan enggan lapor, bimbang jejas LNPT - Utusan Malaysia

Penjawat awam wanita mangsa keganasan enggan lapor, bimbang jejas LNPT

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON – Terdapat penjawat awam wanita mangsa keganasan di tempat kerja enggan melaporkan kejadian itu kerana bimbang tindakan itu boleh menjejaskan Laporan Nilaian Prestasi Tahunan (LNPT) dan penilaian Sasaran Kerja Tahunan (SKT) mereka.

Perkara itu didedahkan Setiausaha Kewangan Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs), Razali Singah yang menambah, jumlah kes keganasan terhadap wanita di tempat kerja agak membimbangkan dan boleh menjadi lebih serius sekiranya tiada inisiatif diambil untuk mengatasinya.

“Sebagai contoh, gangguan seksual, gangguan libatkan bos, rakan sekerja dan sebagainya, mereka takut untuk lapor kerana bimbang penilaian prestasi kerja akan terjejas, akhirnya mereka diam, pendam, kemurungan hingga menjejaskan prestasi kerja mereka.

“Laporan kes keganasan dalam kalangan penjawat awam wanita dari setiap sektor memang ada, namun jumlah yang enggan mengadu jauh lebih ramai. Ini agak membimbangkan dan sekiranya tiada langkah diambil untuk diatasi, dikhuatiri ia akan menjadi barah,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis perasmian Seminar Peningkatan Kualiti Penjawat Awam dan Kempen Menangani Keganasan Terhadap Wanita Peringkat Negeri Sembilan 2018 di sini, hari ini. – Bernama 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN