Penjawat awam Johor terima bonus RM1,500 - Utusan Malaysia

Penjawat awam Johor terima bonus RM1,500

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ISKANDAR PUTERI 29 Nov. – Kerajaan negeri bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan berjumlah RM1,500 kepada penjawat awam Johor tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Osman Sapian berkata, bantuan khas itu akan diberikan kepada penjawat awam negeri dan penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan Johor dengan jumlah RM1,000, yang akan dibayar pada minggu pertama Januari depan.

Menurutnya, kerajaan negeri juga bersetuju untuk memberikan bantuan khas kewangan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri kepada penjawat awam negeri Johor dan penjawat awam Persekutuan yang dibayar gaji oleh kerajaan Johor dengan jumlah RM500 menjelang sambutan berkenaan tahun depan.

“Bantuan khas ini juga akan dipanjangkan kepada semua Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor, Yang Berhormat Speaker Dewan Negeri, Yang Berhormat Timbalan Speaker Dewan Negeri, Yang Berhormat Ahli Dewan Negeri Johor, Yang Berhormat Ahli Jumaah Majlis Diraja Johor, Ahli Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri (SPAJ), guru KAFA, petugas Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) dan guru Tadika Islam Johor (TAJ),” katanya semasa membentangkan Belanjawan Johor 2019: Menerajui Perubahan Menggalas Harapan Bangsa Johor Bestari di Kota Iskandar di sini sebentar tadi. – UTUSAN ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN