Peniaga maut, isteri parah kereta rempuh MPV  - Utusan Malaysia

Peniaga maut, isteri parah kereta rempuh MPV 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR – Seorang peniaga maut manakala isteri dan dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka merempuh kenderaan pelbagai guna (MPV) di Kilometer 21.3 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE) semalam.

Kejadian kira-kira pukul 9.20 malam itu berlaku apabila kereta jenis Proton Wira yang dinaiki empat sekeluarga tersebut merempuh belakang Toyota Estima yang berhenti kerana lampu isyarat merah.

Dua kenderaan berkenaan dalam perjalanan dari arah yang sama iaitu Butterworth menghala Padang Serai dekat sini.

Ketua Polis Daerah Kulim, Superintendan Ahmad Nasir Jaafar berkata, kemalangan itu mengakibatkan pemandu Proton Wira, Dee Hang Tick, 53, maut di tempat kejadian akibat cedera parah.

“Isteri mangsa yang berada di tempat duduk hadapan, Lili Ping, 34, parah manakala dua anaknya berusia tujuh dan 10 tahun cedera ringan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Kata beliau, pemandu Toyota Estima, Lily Low, 39, tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Kesemua mangsa yang cedera dikejarkan ke Hospital Kulim untuk mendapatkan rawatan lanjut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN