KUALA LUMPUR – Lebih 20,000 pengusaha restoran di bawah tiga persatuan, tidak menyokong arahan Kementerian Kesihatan mengenai peraturan larangan merokok di semua premis makanan berkuat kuasa 1 Januari 2019. Tiga persatuan itu adalah Persatuan Pemilik Kedai Kopi Malaysia-Singapura (MSCSPGA), Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (Presma) dan Persatuan Pengusaha Restoran India Malaysia (Primas). Presiden MSCSPGA, Datuk Ho Su Mong berkata, larangan merokok di restoran atau premis makanan terbuka itu adalah tidak…









