Pengikut kuil mahu PM campur tangan - Utusan Malaysia

Pengikut kuil mahu PM campur tangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 27 nov. – Para pengikut Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya tetap mempertahankan pendirian untuk melihat isu rumah ibadat mereka diselesaikan secepat mungkin oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Pengerusi Badan Bertindak Kuil Sri Maha Mariamman, S.Ramaji berkata, anggota jawatankuasa khas yang ditubuhkan pengikut kuil itu mahu hak mereka dan rumah ibadat tersebut dikembalikan semula.

Menurutnya, isu status tanah rumah ibadat ini yang berlarutan sejak 1980-an lagi perlukan dikaji semula secara adil dan harmoni.

“Perkara ini bukan isu perkauman tetapi ia melibatkan pemaju One City Development Sdn. Bhd. (One City) yang mahu merampas tanah kami dengan cara kekerasan.

“Mereka dipercayai mengupah gengster untuk menghalau kami dari tapak rumah ibadat berusia 147 tahun ini, ” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Setiausahanya,  VK Regu berkata,  masalah yang timbul sejak kelmarin bukan digerakkan badan bertindak yang ditubuhkan ini tetapi para pengikut yang sayangkan rumah ibadat terbabit.

“Jawatankuasa yang ada juga menasihatkan pengikut kuil agar bertenang dan kekerasan bukan jalan penyelesaian terbaik.

“Kami juga berharap orang ramai tidak menyemarakkan lagi keadaan dan kami mahu pihak berkuasa menyiasat kejadian rusuhan yang berlaku dengan segera demi keharmonian negara ini, ” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN