KLANG – Seorang lelaki dipercayai pengedar dadah jalanan dicekup bersama dadah jenis heroin seberat 44.5 gram (g) dalam kejadian di Jalan Kunci Air, di sini awal pagi tadi. Penangkapan suspek berusia 38 tahun itu dilakukan pukul 12.20 pagi. Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Mazelan Paijan berkata, semasa kejadian suspek yang dalam keadaan mencurigakan dipercayai sedang menunggu pembeli dadah. Katanya, hasil pemeriksaan fizikal terhadap suspek menemui 30 peket plastik…










