Penerima bantuan JKM bukan seumur hidup - Exco - Utusan Malaysia

Penerima bantuan JKM bukan seumur hidup – Exco

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ALOR SETAR 15 Nov. – Sejumlah 5,421 daripada 46,161 penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di negeri ini digugurkan atas pelbagai faktor setakat Oktober tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Kebajikan Masyarakat, Pembasmian Kemiskinan negeri, Halimaton Saadiah Saad (Bersatu-Bukit Kayu Hitam) berkata, antara faktor berkenaan ialah penerima meninggal dunia sebanyak 1,655 orang, berpindah ke luar daerah (473), mampu berdikari (305), tidak layak (611), dirujuk ke agensi lain (tiga), tukar skim bantuan (589) dan lain-lain (1,785).

“Sebanyak RM99.8 juta diperuntukkan bagi agihan bantuan berkenaan sehingga Ogos tahun ini, sementara tahun lepas sebanyak RM119.3 juta dan 2016 sebanyak RM126.8 juta.

“Penerima JKM bukan seumur hidup penilaian ke atas mereka akan dilakukan setiap tahun,” katanya menjawab pertanyaan mulut pada Sidang Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan daripada Robert Ling (PKR-Sidam) tentang jumlah penerima bantuan JKM yang digugurkan sehingga kini.

Tambah Halimaton Saadiah, penilaian ke atas penerima bantuan berkenaan dilakukan demi memastikan mereka betul-betul layak menerima bantuan.

“Kita tidak boleh tengok miskin saja kena audit juga. Pemohon boleh memohon setiap tahun dengan JKM dan mengisi borang 20 dan 18 bagi mereka yang baru memohon,” katanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN