PASIR PUTEH 7 Nov. – Lima keluarga yang terputus hubungan akibat banjir di Kampung Tok Kundur, dekat sini, menerima bantuan khas bagi meringankan bebanan mereka hari ini. Sumbangan wang tunai sebanyak RM200 bersama bakul makanan disampaikan Ketua Jajahan Pasir Puteh, Ab. Pattah Hasbullah kepada ketua keluarga terlibat tengah hari ini. Ab. Pattah yang juga Pengerusi Jawatankuasa Banjir Jajahan berkata, sumbangan itu akan meringan bebanan perbelanjaan 26 ahli keluarga yang kebanyakannya adalah penoreh getah dan petani. Menurutnya, Kampung Tok Kundur mudah ditenggelami air kerana lokasinya rendah berhampiran Sungai Buaya Ikat, dekat…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya