KUALA TERENGGANU 23 Nov. – Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (Alumni GPMS) Kebangsaan menyifatkan pendirian rasmi kerajaan untuk tidak meratifikasikan Kovensyen Antarbangsa mengenai Penghapusan Segala bentuk Duiskriminasi Kaum (ICERD) sebagai sesuatu perkembangan yang melegakan rakyat.
Presidennya, Syed Anuar Syed Mohamad bagaimanapun menyarankan agar soal tersebut yang mencetuskan kebimbangan dan keresahan bangsa Melayu tidak lagi dibangkitkan dalam mesyuarat Kabinet dan di dalam sidang Parlimen agar tidak dimanipulasi oleh mana-mana pihak sehingga terus memarakkan keadaan tidak menyenangkan.
“Kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Perdana Menteri hari ini mengesahkan kerajaan tidak akan meneruskan hasrat itu. Sesungguhnya kenyataan tersebut telah melegakan banyak pihak khasnya orang-orang Melayu yang amat bimbang kesan daripada ratifikasi tersebut. – UTUSAN ONLINE










