PASIR PUTEH 12 Nov. – Setelah kisahnya yang disiarkan di Utusan Online tular di laman sosial sejak kelmarin, Suhana Abdullah yang sarat mengandung lapan bulan dan suaminya, Mohd. Zaid Mat Yusof yang terlantar sakit di Kampung Gong Manak, dekat sini, mendapat simpati orang ramai. Kekangan kemiskinan menyebabkan pasangan tersebut bersama dua anak hidup melarat hari ini menerima sumbangan daripada netizen yang disalurkan melalui Kelab Volunteer I care (I Care) untuk…









