KUALA LUMPUR 23 Nov. – Untung bersih Malakoff Bhd. meningkat 30.1 peratus kepada RM83.49 juta pada suku ketiga berakhir 30 September 2018. Pendapatan syarikat itu turut meningkat lima peratus kepada RM1.9 bilion daripada RM1.82 bilion tahun lalu. Menurut Malakoff, pendapatan yang lebih tinggi itu disumbangkan oleh pembayaran tenaga yang lebih tinggi direkodkan di kemudahan arang batu Tanjung Bin Power Sdn. Bhd. (TBP) disokong oleh harga arang batu yang lebih tinggi.…










