Pemuda maut dilanggar kereta lari dari sekatan polis - Utusan Malaysia

Pemuda maut dilanggar kereta lari dari sekatan polis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov.- Seorang pemuda maut manakala dua lagi cedera selepas terlibat dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Kilometer 35, Jalan Kuala Lumpur – Ipoh di hadapan Balai Polis Serendah, Kuala Kubu Bahru malsm tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, mangsa, Khairil Anuar Hairuddin, 27, disahkan meninggal dunia ketika menerima rawatan di hospital.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor, Superintendan Lim Bhak Phai berkata,  kemalangan bermula semasa sebuah lori yang dalam perjalanan dari Batang Kali ke Rawang telah berhenti untuk pemeriksaan sekatan jalan raya di  hadapan Balai Polis Serendah dekat sini.

Ujarnya, pada masa yang sama sebuah lagi kereta Honda Accord dipandu seorang lelaki berusia 38 tahun memecut laju di belakang lori kerana cuba mengelak pemeriksaan tersebut.

“Bagaimanapun kereta itu terbabas lalu masuk ke laluan bertentangan sebelum melanggar van dipandu Khairil Anuar pada bahagian hadapan.

“Mangsa yang cedera akibat perlanggaran itu dibawa ke Hospital Selayang sebelum disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 12.55 tengah malam,” katanya di sini hari ini.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN