Pemuda Gerakan sokong ratifikasi ICERD - Utusan Malaysia

Pemuda Gerakan sokong ratifikasi ICERD

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 17 Nov. – Pemuda Gerakan menyokong usaha kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) sebagai matlamat menghapuskan diskriminasi perkauman di negara ini.

Tan Keng Liang
Tan Keng Liang 

Ketuanya, Tan Keng Liang berkata, usaha itu adalah merupakan satu langkah tepat.

Malah, katanya, hampir semua negara di dunia memeterai ICERD kecuali negara-negara tertentu seperti Angola, Korea Utara, Myanmar dan Malaysia.

“Pada saya, ia merupakan satu langkah tepat sekiranya kerajaan PH melaksanakan ICERD. Ini adalah untuk menghapuskan segala bentuk diskriminasi perkauman. Ini adalah sebuah negara demokrasi.

“Sekiranya kerajaan PH menunaikan janji mereka untuk memeteraikan ICERD, parti Gerakan haruslah menyokong usaha tersebut. Janganlah kita mendengar fitnah-fitnah tertentu,” katanya sewaktu berucap pada majlis perasmian Persidangan Perwakilan Wanita dan Pemuda Gerakan Nasional di Menara PGRM di sini hari ini.

Kenyataan ini turut disokong oleh Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Dr. Cheah Soon Hai yang bersetuju usaha kerajaan PH untuk ratifikasi ICERD.

Katanya, dalam konteks Perlembagaan Persekutuan, Gerakan menyokong usaha kerajaan PH tersebut. -UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN