PUTRAJAYA 21 Nov. – Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, cadangan pemisahan fungsi pendakwa raya daripada fungsi Peguam Negara sedang dikaji secara terperinci. Perdana Menteri berkata, perkara itu memerlukan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan. “Kita tiada jumlah dua pertiga di Dewan Rakyat bagi memastikan pindaan itu diluluskan. Jadi, perkara ini ditangguhkan,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Mengenai Anti Rasuah (JKKMAR), di sini hari ini. Dalam pada itu, Dr. Mahathir berkata, dasar penglibatan politik dalam kalangan penjawat awam ditambah baik agar tidak timbul kesukaran untuk melaksanakan tugas rasmi secara adil…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya