PUTRAJAYA – Tun Dr Mahathir Mohamed berkata siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap pemimpin UMNO bukan disebabkan mereka daripada parti itu tetapi kerana pelakuan jenayah. Perdana Menteri berkata, SPRM mempunyai beribu kes untuk disiasat ketika pemerintahan bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. “Kita tidak boleh membuat 1,000 kes dalam sehari. Kita tumpu (kes) yang besar sahaja dan yang besar-besar ini melibatkan (pemimpin) UMNO. “Sebab itu, kita mengambil tindakan terhadap orang ini, bukan kerana dia (ahli) UMNO tetapi kerana dia melakukan jenayah,” katanya ketika ditanya sama ada SPRM…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya