Pemimpin perlu berani, berwawasan – Sultan Nazrin - Utusan Malaysia

Pemimpin perlu berani, berwawasan – Sultan Nazrin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 14 Nov. – Timbalan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah bertitah, kepimpinan hari ini perlu lebih berani dan berwawasan bagi memenuhi cabaran mendatang.

Titah Sultan Perak itu, ciri kepimpinan pada masa ini perlu ditransformasikan sepenuhnya selari dengan pelbagai perubahan yang berlaku.

“Setiap hari akan wujud cabaran baharu yang perlu dihadapi dan setiap hari akan muncul seorang pemimpin.

“Dunia kini mengalami kemajuan terutama perubahan pesat dalam tempoh 100 tahun lalu adalah hasil daripada kepimpinan inovatif yang mana mereka tidak membiarkan diri ditewaskan oleh cabaran,” titah bagin­da dalam ucaptama sempena Sidang Kemuncak Kepimpinan Tenaga Asia 2018 di sini, hari ini.

Yang turut hadir ialah Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman serta Pengerusi Pusat Kepimpinan dan Tadbir Urus (Iclif), Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz.

Titah baginda, kualiti visi, keberanian, arah tuju dan ke­upayaan dalam kepimpinan bukan hanya telah membantu beberapa pemimpin global menjadi yang terbaik, malah memberi manfaat lebih besar untuk kepentingan program kemanusiaan.

Baginda dalam titahnya turut menyatakan kekaguman terhadap beberapa pemimpin dunia yang berjaya menjadi pemimipin dan memiliki moral tinggi seperti Mahatma Gandhi, Martin Luther King dan Nelson Mandela.

Selain itu baginda turut memuji bakat kepimpinan yang ada di negara ini antaranya Pengasas Persatuan Bantuan Perubatan (Mercy) Malaysia, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood yang dilihat sebagai seorang pemimpin penuh komited dalam melaksanakan aktiviti kemanusiaan termasuk membantu mangsa bencana di dalam dan luar negara.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN