KUALA LUMPUR – Seramai tujuh warga Filipina dan seorang lelaki tempatan yang dipercayai terlibat dalam kumpulan pengganas ditahan menerusi lima serbuan di Putrajaya dan sekitar Sabah antara 30 Oktober hingga Isnin lalu.
Antara yang ditahan dalam serbuan oleh Bahagian Counter Terrorism Cawangan Khas, Polis Diraja Malaysia (PDRM) itu ialah seorang buruh warga Filipina berusia 35 tahun yang dipercayai merekrut kanak-kanak untuk menyertai Abu Sayaff Group (ASG).
Suspek tersebut yang ditahan bersama seorang lagi lelaki Filipina berusia 46 tahun merekrut kumpulan kanak-kanak untuk dijadikan perisai manusia semasa bertempur dengan tentera Filipina di Basilan, Selatan Filipina.
Lelaki yang ditahan pada 8 November lalu di Ranau, Sabah turut terlibat memenggal kepala tebusan ASG.










