Pembersih cermin kereta pun nak 'rembat' - Utusan Malaysia

Pembersih cermin kereta pun nak ‘rembat’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU – Gelagat seorang lelaki berkain pelekat mencuri sebatang pembersih cermin kereta di sebuah stesen minyak di Ketereh, di sini semalam menjadi tumpuan pengguna laman sosial pagi ini.

Perbuatan lelaki tersebut berjaya dirakam kamera litar tertutup (CCTV) stesen minyak berkenaan sebelum diviralkan pada pagi ini.

Video berdurasi seminit tujuh saat itu memaparkan lelaki tersebut bertindak spontan mencuri pembersih cermin berkenaan dengan memasukkannya ke dalam kereta.

Lelaki berbaju hitam dan berkain pelekat itu pada mulanya mengisi minyak kereta Perodua Kancil sebelum mencuri peralatan yang disediakan stesen minyak untuk pengguna.

Video berkenaan mendapat pelbagai komen daripada pengguna laman sosial facebook. – K! ONLINE.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN