Pembantu kedai direman seminggu - Utusan Malaysia

Pembantu kedai direman seminggu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU 13 Nov. – Seorang pembantu kedai berusia 25 tahun ditahan reman selama seminggu bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung kes samun barangan kemas melibatkan kerugian RM15,000 kelmarin.

Perintah itu dikeluarkan oleh Penolong Kanan Pendaftar Mahkamah, Tuan Ruzaini Tuan Lah terhadap suspek yang ditangkap sehari selepas kejadian di Pusat Transformasi Luar Bandar (RTC) di Tunjong. 

Perintah reman dikeluarkan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum dua puluh tahun dan sebat.

Memuatkan artikel berkaitan…

Ahad lalu, seorang pemilik premis menjual tudung dan butik kecantikan bersama pekerjanya disamun seorang lelaki yang dipercayai bersenjatakan sepucuk pistol dan melarikan pelbagai barangan kemas di sebuah butik di Jalan Kuala Krai di sini. 

Dalam kejadian kira-kira pukul 2.05 petang, kedua-dua mangsa yang berusia 23 tahun itu didatangi suspek yang bertubuh gempal yang menutup muka menggunakan topi keledar meluru masuk ke dalam premis sebelum melarikan wang tunai dan barangan berharga.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis bersebelahan menunjukkan suspek melarikan diri dengan sebuah motosikal jenis Yamaha Ego. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×