Pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952 satu kejayaan - Utusan Malaysia

Pemansuhan Akta Pampasan Pekerja 1952 satu kejayaan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 30 Nov. – Langkah Kementerian Sumber Manusia memansuhkan Akta Pampasan Pekerja 1952 mengangkat negara sebagai sebuah negara penerima tenaga kerja asing yang bertanggungjawab.

Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Datuk Abdul Halim Mansor berkata, akta tersebut wajar dimansuhkan kerana ia tidak selaras dengan pembangunan tenaga kerja Malaysia.

“Akta (Pampasan Pekerja) 1952 dimansuhkan kerana berlaku diskriminasi perlindungan pekerja dalam Siling Pampasan Pelindungan Insuran, berbanding Akta Pertubuhan Keselamatan Sosial 1969.

“Tindakan pemansuhan ini satu kejayaan bagi Kementerian Sumber Manusia dan Menterinya dalam meletakkan Malaysia sebagai negara penerima tenaga kerja asing yang bertanggungjawab,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Hari ini, Menteri Sumber Manusia, M. Kula Segaran memberitahu akta tersebut akan dimansuhkan bagi membolehkan perlindungan sama rata kepada pekerja tempatan dan asing yang bekerja di dalam negara ini.

Beliau berkata, pemansuhan itu selaras dengan komitmen kerajaan mempertingkat perlindungan kepada pekerja-pekerja asing. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN