Peluang bertemu pemain Chelsea 8 Disember ini - Utusan Malaysia

Peluang bertemu pemain Chelsea 8 Disember ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Peminat-peminat pasukan Liga Perdana Inggeris, Chelsea FC akan berpeluang bertemu dengan pemain legenda pasukan itu, Didier Drogba, apabila bekas penyerang pasukan ‘The Blues’ itu dijadualkan menghadiri sesi bertemu peminat di sebuah pusat membeli-belah ternama di Petaling Jaya pada 8 Disember ini.

Pada sesi itu, peminat berpeluang menyertai sesi soal-jawab eksklusif bersama Drogba yang dihoskan penyampai Astro SuperSport, Amanda Chaang serta disajikan dengan persembahan freestyle bola sepak, peluang bergambar dan berkongsi pengalaman mereka di media sosial.

“Saya sangat teruja untuk melawat Selangor bersama Chelsea dan rakan mereka, Yokohama. Saya benar-benar berharap dapat berjumpa ramai peminat Chelsea FC di Selangor,” kata Drogba, dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Yokohama Malaysia (Yokohama). 

Yokohama Yokohama Rubber Co. adalah Rakan Rasmi kepada Chelsea FC, juara lima kali Liga Perdana Inggeris dan juara semasa Piala FA.

Untuk rekod, Drogba menjaringkan lebih 100 gol Liga Perdana Inggeris untuk Chelsea FC dan memenangi kejuaraan itu sebanyak empat kali serta juara Liga Juara-Juara Eropah pada tahun 2012.

Drogba pernah memenangi 12 trofi utama semasa dua kali bersama di kelab itu iaitu pada 2004-2012 dan 2014-15. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN