COX’S BAZAR 15 Nov. – Keraguan pelarian Rohingya terhadap rancangan penghantaran pulang sebahagian mereka ke kampung halaman di Myanmar jelas kelihatan hari ini apabila tiada seorang pun mahu berbuat demikian. Pesuruhjaya Pelarian Bangladesh, Mohammad Abul Kalam berkata, daripada 50 keluarga Rohingya yang ditemu bual, kesemuanya enggan dihantar pulang ke negeri Rakhine kerana mereka berasa tidak selamat untuk berada di sana. “Berdasarkan maklumat yang diterima daripada sukarelawan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR), tiada seorang pun pelarian Rohingya yang bakal dihantar pulang menyatakan kesediaan mereka untuk balik ke Rakhine. “Mereka secara…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya