Pekerja penyelenggaraan parah disambar api - Utusan Malaysia

Pekerja penyelenggaraan parah disambar api

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN – Seorang pekerja penyelenggaraan elektrik parah akibat disambar api dalam kejadian kebakaran bilik salur elektrik di tingkat dua Wisma Punca Emas di sini tengahari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 1 tengahari itu, mangsa berusia lingkungan 50-an disambar api apabila dia membuka pintu bilik salur elektrik itu untuk melakukan kerja-kerja penyelenggaraan. 

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Sembilan, Norazam Khamis berkata, kejadian itu menyebabkan anggota badan mangsa lelaki tersebut melecur 80 peratus.

“Kami terima maklumat pada pukul 1.15 tengahari dan mendapati seorang lelaki sedang terbaring di hadapan bilik salur elektrik itu apabila tiba di lokasi.

“Mangsa didapati berada dalam keadaan kritikal lalu kami bergegas menghantarnya ke Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ) Seremban untuk menerima rawatan. Api telah padam waktu itu,” katanya kepada Kosmo! di sini hari ini.

Norazam berkata, pemeriksaan lanjut mendapati bilik salur elektrik di tingkat bawah Wisma Punca Emas itu turut terbakar, namun punca kebakaran bilik salur elektrik tersebut masih dalam siasatan.

Menurutnya, siasatan bagaimanapun mendapati keadaan bangunan tersebut adalah selamat untuk diduduki kerana kebakaran tidak menjejaskan struktur bangunan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN