BANJIR sudah mula berlaku di beberapa negeri. Walaupun angka yang berpindah tidak sampai seribu orang, tetapi petanda awal banjir sudah terasa. Jika banjir kilat, selalu sangat berlaku. Asal sahaja hujan lebat, beberapa jalan utama, bandar dan pekan-pekan tertentu selalu menjadi mangsa. Semasa penulis kecil-kecil dahulu, banjir di Kelantan dan Terengganu memang tidak asing lagi. Pada masa itu, banjir seakan-akan dinanti. Walaupun penulis bukan orang Pantai Timur tetapi Pantai Timur menjadi…










