Pejawat awam Perak terima bantuan khas - Utusan Malaysia

Pejawat awam Perak terima bantuan khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH 27 Nov. – Kerajaan negeri akan melaksanakan pemberian bantuan khas
kepada pejawat awam sebanyak sebulan gaji atau minimum RM2,000 seorang
yang akan dibayar pada akhir bulan ini dan bulan Mei depan.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu berkata, pemberian tersebut sebagai tanda penghargaan terhadap komitmen serta dedikasi hampir 9,000 penjawat awam yang berkhidmat dengan kerajaan negeri.

Menurutnya, bantuan khas kewangan sebanyak RM1,000 pula akan diberikan kepada Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT), Pekerja Sambilan Harian (PSH), Guru Tadika Islam JAIPk, Guru Kafa, Guru Thanawi, Guru Takmir, Guru Idadi, imam, bilal, Siak, Ketua Kampung serta tok batin.

“Pembayaran pertama kepada golongan ini juga akan dibuat pada akhir bulan ini manakala bakinya pada Mei 2019. Golongan pesara kerajaan negeri juga tidak dilupakan, oleh itu, RM2juta tetap disediakan bagi pemberian insentif khas untuk mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2019 negeri Perak pada |Sidang Dewan Undangan di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN