SUBANG JAYA 27 Nov. – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan pihaknya tidak bertindak lebih awal sehingga mengakibatkan keadaan di Kuil Maha Mariammam, USJ 25, di sini awal pagi tadi menjadi tidak terkawal.
Sebaliknya, Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi menegaskan, pihaknya bertindak mengikut prosedur operasi standard (SOP) dan kesesuaian keadaan.
“Kita tidak boleh sewenang-wenangnya mengambil tindakan menggunakan ‘water cannon’ dan sebagainya. Ini kawasan rumah ibadat, jadi tak sesuai untuk kita buat begitu.
“Kalau kita teruskan dengan tindakan itu, mesti keadaan lagi teruk dan pihak polis yang akan dipersalahkan,” katanya kepada pemberita selepas melawat anggota bomba yang cedera parah di Pusat Perubatan Subang Jaya (SJMC), di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE










