KOTA BHARU 30 Nov. – Himpunan kesyukuran terhadap penolakan Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD) pada 8 Disember ini tidak akan dibatalkan meskipun keadaan semasa yang agak tegang berikutan rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, di Subang Jaya baru-baru ini. Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, pihaknya menghormati pandangan Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad yang tidak mahu perhimpunan itu diteruskan berdasarkan situasi semasa…










