Parlimen: Speaker tolak usul insiden rusuhan kuil - Utusan Malaysia

Parlimen: Speaker tolak usul insiden rusuhan kuil

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Usul tergempar yang dikemukakan oleh ahli Parlimen untuk membahaskan di Dewan Rakyat berkenaan insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman di USJ25, Subang Jaya, ditolak.

Perkara itu diumum Yang DiPertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd. Ariff Md. Yusof pada persidangan Dewan Rakyat hari ini apabila beliau menjawab pertanyaan Datuk Seri Ronald Kiandee (BN-Beluran) sama ada usul beliau ditolak dan usul yang sama oleh pihak penyokong kerajaan diterima.

Pada Selasa lepas, ahli Parlimen kedua-dua belah pihak telah mengemukakan dua usul mengenai perkara itu secara berasingan kepada Mohd. Ariff.

Fahmi Fadzil (PH-Pantai Dalam) telah mengemukakan usul itu bagi pihak pengubal undang-undang penyokong kerajaan dan anggota Parlimen Bebas manakala Kiandee mewakili pembangkang untuk mengemukakan usul tersebut, supaya ia dapat dibahaskan hari ini.

Mohd. Ariff menjelaskan beliau juga telah memaklumkan kepada pihak penyokong kerajaan mengenai keputusan itu.

“Tidak. Mereka pun dah dibagitahu. Kedua-dua usul ditolak,” kata Mohd. Ariff.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Menteri Dalam Negeri, Tan Sri Muhyiddin Yassin telah membuat kenyataan penerangan di bawah Peraturan Mesyuarat 14 (i) bagi menjelaskan isu kekecohan di kuil berkenaan dalam Dewan Rakyat. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN