Parlimen: Lebih 92,000 perniagaan sudah berdaftar SST - Utusan Malaysia

Parlimen: Lebih 92,000 perniagaan sudah berdaftar SST

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Jumlah keseluruhan pemilik perniagaan yang berdaftar di bawah sistem Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sehingga 23 Oktober lepas adalah sebanyak 92,682 perniagaan, Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata hari ini.

Daripada jumlah itu, sebanyak 57,298 perniagaan berdaftar di bawah skim Cukai Perkhidmatan, manakala selebihnya sebanyak 35,384 berdaftar di bawah Skim Cukai Jualan.

Lim berkata pihak Kastam Diraja Malaysia tidak akan membuat sebarang pengecualian terhadap mana-mana perniagaan untuk tidak berdaftar dengan SST dan semua pemilik perniagaan diminta segera berdaftar bagi mengelakkan sebarang tindakan. – Bernama
 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN