Parlimen: Keluasan hutan simpan kekal bertambah - Utusan Malaysia

Parlimen: Keluasan hutan simpan kekal bertambah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR – Keluasan hutan simpan kekal di Semenanjung Malaysia bertambah kepada 4,811,226 hektar sehingga 31 Disember 2017, persidangan Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata, jumlah itu meliputi 36.42 peratus daripada keluasan 13,209,065 hektar tanah di Semenanjung.

Beliau berkata, ia merupakan peningkatan sebanyak 23,968 hektar atau 0.5 peratus daripada jumlah  keluasan hutan simpan kekal bagi tahun 2008.

“Ini menunjukkan bahawa pengurusan hutan secara berkekalan diamalkan di Semenanjung pada masa ini tidak mengakibatkan kemerosotan hutan. Kemerosotan hutan yang berlaku adalah disebabkan penukaran guna tanah,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Beliau menjawab soalan Wong Tack (PH-Bentong) yang inhin tahu keluasan projek tanaman semula  hutan besar-besaran yang akan dilaksanakan badan bukan kerajaan Tropical Rainforest Conservation and Research Centre (TRCRC) serta sama ada ia bermakna sistem pengurusan hutan yang diguna pakai selama ini telah mengakibatkan kemerosotan hutan asli. – Bernama

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN