Parkir bertingkat di 14 PPR, PA - Utusan Malaysia

Parkir bertingkat di 14 PPR, PA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 29 Nov- Sebanyak 14 kawasan pe­rumahan dikenal pasti De­wan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk pembinaan parkir bertingkat bagi mengatasi masalah kekurangan parkir penghuni kediaman berkenaan.

Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad berkata, projek itu melibatkan beberapa kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Perumahan Awam (PA) di sekitar ibu kota dengan peruntukan sebanyak RM300 juta di­biayai sepenuhnya oleh DBKL.

“Setakat ini, 12 daripada jumlah projek itu sedang dibina, manakala dua lagi sedang dalam proses mendapatkan kelulusan tapak daripada Pejabat Tanah dan Galian.

“Selepas siap 14 projek ini, sebanyak 7,906 unit parkir baharu disediakan DBKL, (iaitu) tambahan kepada 6,672 unit parkir biasa yang sedia ada di PPR dan PA tersebut,” katanya pada sidang media mengenai pusat penyembelihan ayam halal bersepadu di sini.

Khalid berkata, tujuh daripada 14 projek itu telah menerima Sijil Perakuan Siap Kerja (CPC) dan akan dirasmikan bulan hadapan.

“Serentak dengan pembinaan ini, bangunan ini turut menyediakan ruang perniagaan di tingkat bawah dan kemudahan ma­syarakat seperti pusat komuniti, gelanggang futsal dan bilik-bilik aktiviti,” katanya.– BERNAMA

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN