Parcel Scam: Juruterbang palsu perdaya guru - Utusan Malaysia

Parcel Scam: Juruterbang palsu perdaya guru

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUCHING 7 Nov. – Seorang guru wanita kerugian RM31,600 setelah diperdayakan oleh sindiket Parcel Scam yang menyamar sebagai juruterbang sejak Mei lalu hingga semalam.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) negeri, Superintenden Mustafa Kamal Gani Abdullah berkata, mang­sa berusia 50 tahun terpedaya dengan kenalan yang dikenali menerusi aplikasi Instagram.

Menurutnya, beberapa bulan berkenalan, suspek memberi­tahu mahu menghantar hadiah bungkusan namun mangsa perlu membayar caj perkhidmatan berkaitan.

“Beberapa hari kemudian, mangsa menerima panggilan telefon daripada seorang wanita memberitahu parcel itu telah sampai maka dia perlu membayar sebanyak RM14,300 dan RM12,800 pada dua akaun bank berlainan.

“Bagaimanapun, setelah pembayaran dibuat mangsa diminta membayar bayaran untuk bunga harian berjumlah RM4,500 daripada sebuah syarikat penghantaran,” katanya dalam kenya­taan akhbar di sini hari ini.

Tambahnya, tidak berhenti di situ sahaja seorang suspek memperkenalkan diri sebagai John Tsang juga beberapa kali mengugut menghantar gambar lucah mangsa ke laman sosial jika tidak melunaskan bayaran dikehendaki ke syarikat itu.

“Pada 1 November lalu dan semalam mangsa menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp da­ripada syarikat itu mengandungi gambar lucah mangsa,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN