KUANTAN 19 Nov. – Kerajaan negeri hari ini membentangkan Belanjawan Negeri 2019 yang merupakan bajet lebihan iaitu sebanyak RM24.38 juta. Belanjawan surplus itu diperoleh selepas kutipan hasil tahun depan dianggarkan berjumlah RM703.80 juta berbanding belanjawan mengurus berjumlah RM679.46 juta. “Oleh itu lebihan belanjawan 2019 adalah sebanyak RM24.34 juta,” katanya ketika membentangkan bajet berkenaan dalam persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini hari ini. Pada perbentangan belanjawan itu, Wan Rosdy turut…










