Orang PKR sendiri 
perlekeh Anwar – Rafizi - Utusan Malaysia

Orang PKR sendiri 
perlekeh Anwar – Rafizi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM 18 Nov. – Calon Timbalan Presiden PKR, Rafizi Ramli mendedahkan, ada segelintir pemimpin kanan parti itu memperlekehkan usaha mengangkat Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri kelapan.

Rafizi mendakwa, ada dalam kalangan mereka menyifatkan masa Anwar untuk dinobatkan sebagai pemimpin utama negara sudah berakhir.

Menurutnya, walaupun parti itu merai­kan perbezaan pendapat, namun dalam soal mengangkat Anwar sebagai Perdana Menteri, ia seharusnya disepakati oleh semua ahli PKR.

RAFIZI RAMLI
RAFIZI RAMLI 

“Ada yang kata (menulis dalam media sosial) bahawa masa Anwar sudah berakhir. Ada kata perlu kepada pilihan yang baharu,” kata­nya dalam Kongres Nasional PKR di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC), di sini hari ini.

Dalam pada itu, Rafizi me­ramalkan Anwar berdepan cabaran berat untuk memikul tanggungjawab sebagai Perdana Menteri berdasarkan kadar sokongan orang Melayu kepada Pakatan Harapan (PH) yang rendah dalam pilihan raya umum lalu.

Rafizi tidak me­nyentuh secara spesifik berhubung sokongan orang Melayu tersebut, tetapi Pakatan Harapan sedang berdepan cabaran ekoran usaha pihak tertentu seolah-olah mahu meratifikasi Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum (ICERD), selain kurangnya tumpuan membantu golongan nelayan dan petani yang dilihat menyinggung orang Melayu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN