KUALA LUMPUR 15 Nov. – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) berjaya mengutip tunggakan cukai taksiran berjumlah RM420,889.80 dalam Op Sita sekitar Jalan Tuanku Abdul Rahman di sini hari ini. Pengarah Jabatan Kewangan DBKL, Mohamad Hamim berkata, bayaran tunggakan itu diperoleh daripada empat premis komersial selepas mengeluarkan notis sita kira-kira dua minggu lalu. Katanya, tindakan penguatkuasaan itu berjalan lancar selepas pemilik premis bersetuju melunaskan bayaran pendahuluan sebanyak 30 peratus daripada jumlah…









