KUALA LUMPUR 28 Nov. – Syarikat pemaju hartanah, One City Development Sdn. Bhd. menafikan pihaknya ada mengupah mana-mana kumpulan untuk membuat kacau pada malam tercetusnya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya Isnin lalu. Syarikat tersebut dalam satu kenyataan menjelaskan mereka tidak memberi kuasa kepada mana-mana orang untuk mengupah ‘samseng’ dan memulakan rusuhan di kuil tersebut. “Kakitangan di tapak diarah memberi sokongan logistik dan membantu penempatan semula secara teratur…









