KUALA LUMPUR 29 NOv.- Bekas Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop hari ini hadir memberi keterangan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Beliau juga merupakan bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia itu tiba di ibu pejabat SPRM, Putrajaya kira-kira pukul 10 pagi ini.
Menurut sumber, beliau dipanggil bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan seorang Ahli Parlimen yang ditahan agensi itu baru-baru ini.-UTUSAN ONLINE










