SHAH ALAM – Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mengesahkan nama bekas Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli pernah dibangkitkan sebagai calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Rantau.
Beliau bagaimanapun berkata, masih terlalu awal untuk menamakan siapa calon sebenar bagi mewakili parti itu pada PRK berkenaan kerana untuk bertanding mana-mana pilihan raya membabitkan pelbagai peringkat proses yang perlu dipatuhi.
“Ya, ada nama Rafizi dibangkitkan (sebagai calon). Kamu mahu dia (Rafizi) jadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)? Saya rasa dia lebih layak.
“Saya ingin menjelaskan proses untuk mencalonkan mana-mana individu bermula di peringkat cabang, kemudian dari peringkat negeri, Biro Politik dan akhir sekali Presiden parti pada masa itu.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.










