Najib tiba di mahkamah - Utusan Malaysia

Najib tiba di mahkamah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR 16 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur pada pukul 11.40 pagi bagi mengikuti prosiding pengurusan kesnya di Mahkamah Sesyen di sini hari ini.

Prosiding sebutan semula kes melibatkan 25 pertuduhan salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram berjumlah RM2.282 bilion itu akan disebut di hadapan Hakim Azura Alwi.

Najib, 65, sebelum ini mengaku tidak bersalah atas empat pertuduhan salah guna kedudukan dan 21 pertuduhan membabitkan aktiviti penggubahan wang haram hampir RM2.3 bilion.

Bagi pertuduhan salah guna kedudukan, Najib didakwa mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang daripada lima kali ganda jumlah nilai suapan, atau RM10,000 mengikut mana-mana yang lebih tinggi, jika sabit kes

Bagi 21 pertuduhan lain, Ahli Parlimen Pekan itu didakwa mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM5 juta atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi lima tahun, atau kedua-duanya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN