PUTRAJAYA 19 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak selesai memberi keterangan hampir empat jam kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pemasangan panel tenaga solar sekolah.
Kenderaan yang dinaiki beliau keluar kira-kira pukul 1.15 tengah hari hari ini dari ibu pejabat SPRM di sini dengan diiringi kenderaan polis.
Najib hadir ke SPRM kira-kira pukul 9.25 pagi dengan menaiki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TN50.
Sebelum ini, pada 8 November lalu Najib telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.- UTUSAN ONLINE










