Najib dipanggil SPRM lagi - Utusan Malaysia

Najib dipanggil SPRM lagi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA 19 Nov. – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dipanggil sekali lagi ke ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi membantu siasatan berhubung kes pemasangan panel tenaga solar sekolah.

Najib tiba
KENDERAAN yang membawa Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pada pukul 9.25 pagi hari ini. – UTUSAN ONLINE/RASHID MAHFOF

Beliau hadir ke ibu pejabat tersebut kira-kira pukul 9.25 pagi dengan menaiki kenderaan Proton Perdana berwarna hitam dengan nombor pendaftaran TN50.

Sebelum ini, pada 8 November lalu Najib telah dipanggil SPRM bagi membantu siasatan berhubung kes tersebut.- UTUSAN ONLINE

Memuatkan artikel berkaitan…
Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×