KUALA LUMPUR 25 Nov. – Ketua Audit Negara, Tan Sri Dr. Madinah Mohamad mengesahkan laporan akhir pengauditan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) telah dipinda atas arahan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak. Madinah dalam satu kenyataan hari ini memberitahu, laporan itu ada menyebut kehadiran Low Taek Jho atau Jho Low dalam salah satu mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah 1MDB, namun Najib menerusi Ketua Setiausaha Sulit beliau, Tan Sri Shukry Salleh…










